Wednesday, October 6, 2010

obesity

M

ONTEL, gemuk gempal, gendut atau apa-apa saja gelaran yang diberi, apa yang pasti 'fenomena' berat badan berlebihan merupakan masalah yang melangkaui sempadan agama, bangsa, warna kulit mahupun negara. Gemuk bukan sekadar menjejaskan penampilan diri malah lebih mustahak ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti. Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah tersebut amat berkait rapat dengan gaya hidup terutama dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga mendorong kepada timbulnya frasa baru 'mati bukan kerana tak makan tapi mati kerana terlebih makan'. Begitu pun hasil kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik di Britain baru-baru ini, mungkin membuat sebahagian daripada mereka yang menghadapi masalah tersebut mula memeriksa semua tabiat pemakanan mereka atau berkira-kira untuk mendaftar di mana-mana gimnasium atau pusat kecergasan. Ini kerana, hasil kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford itu mendapati risiko obesiti sama bahayanya dengan merokok iaitu boleh memendekkan jangka hayat hidup seseorang. Kumpulan penyelidik tersebut telah menjalankan sebanyak 57 kajian yang meliputi beberapa kawasan di Eropah dan Amerika Utara. Kajian tersebut melibatkan seramai sejuta orang dan tempoh penyelidikan telah berlangsung selama 10 hingga 15 tahun. Dalam tempoh tersebut, didapati lebih kurang 100,000 orang yang terlibat dalam kajian telah meninggal dunia.

Golongan yang tergolong dalam masalah obesity adalah golongan yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Selain itu, golongan yang mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya. Tambahan pula, mereka yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 juga tergolong dalam masalah obesiti ini. Menggunakan kaedah ukuran indeks jisim badan (BMI) iaitu ukuran yang membahagikan berat seseorang dalam kilogram dan ketinggian dalam meter untuk menentukan tahap obesiti, para penyelidik tersebut mendapati jumlah kematian paling rendah pada manusia yang mempunyai BMI 23 hingga 24 iaitu ukuran normal berat badan ideal. Dalam satu kenyataan rasmi mereka menyatakan, golongan yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai BMI daripada 25 hingga 29. Manakala bagi yang mengalami obesiti pula, BMI mereka melebihi 30. Kajian tersebut yang telah diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal perubatan yang diberi nama Lancet. Jurnal perubatan tersebut telah dibiayai oleh Majlis Penyelidik Perubatan Britain, Pertubuhan Jantung Britain, Penyelidikan Kanser UK dan beberapa persatuan kesihatan lain."Jika anda terasa berat badan anda semakin naik, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan," ujar salah seorang penyelidik, Sir Richard Peto. Salah seorang penyelidik lain pernah berkata bahawa sedikit kenaikan di dalam BMI sudah memadai untuk meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser. Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. Status

BMI

Kurus

Kurang 20.6

Normal

20.7 - 26.4

Gemuk

26.5 - 30.9

Obesiti

31.0 - 45.2

Bahaya

Lebih 45.3

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI =

berat(kg)

------------------------------

tinggi(m) x tinggi(m)


Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus. Seterusnya, mereka yang mengalami beberapa penyakit seperti tekanan
darah tinggi atau diabetes juga dianggap sebagai tergolong dalam masalah obesiti. Ini merupakan tanda-tanda golongan yang terjemurus dalam masalah kesihatan iaitu OBESITY.

Sebagai insan yang menginginkan hidup yang sihat dan walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan, pemakanan yang sihat dan berkhasiat amat penting untuk tubuh seseorang. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, karbohidrat dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda. Selain itu,dalam semua makanan yang kita makan sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis Makanan

Gram Lemak Setiap Sajian

% Kalori dari Lemak

Makanan tinggi lemak

Hamburger saiz biasa

11.8

39

Hot dog

14.5

54

Kentang goreng

20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)

12.247

Keropok kentang - 1 aun

10.1

61

Mentega/marjerin - 1 sudu teh

4

94

Sos salad - 2 sudu makan

11.1

85

Kek keju

16.3

57

Makanan rendah lemak

Kacang hijau - direbus = cawan

0.2

9

Roti - 1 keping

1.1

16

Mil oat - 1 cawan

2.4

15

Buah epal - 1 biji

0.5

6

Ubi kentang - 1 biji dipanggang

0.2

1

Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Selain itu, untuk mengurangkan masalah obesiti sebagai manusia yang berwawasan tinggi perlulah melakukan senaman. Malah, Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan seperti berikut:

* Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.

* Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.

* Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.

* Berjalan-jalan, berkebun.

* Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Anda tahu tak mengapa kita perlu bersenam? Dengan bersenam kita akan mendapat banyak faedah. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada melalui kita bersenam adalah dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung kita juga akan bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Tambahan pula, dengan ini meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok). Seterusnya, juga dapat meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah. Selain itu, dapat membantu mengawal lipid darah yang tidak normal. Seterusnya, dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain. Dengan bersenam kita dapat banyak faedah. Oleh itu, kita perlulah bersenam bukan sekadar untuk mengurangkan berat badan kita sahaja malah dan menyihatkan tubuh badan kita.

Pada era kini, perkara yang amat membimbangkan adalah MASALAH obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kongres Saintifik Tahunan MPA, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.Kongres berkenaan dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw dan Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo.Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.Katanya, walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.Mengikut data rasmi Kementerian Kesihatan, kadar obesiti kanak-kanak negara ini adalah 15 peratus, tetapi jumlah itu dipercayai lebih tinggi sekarang terutama di Kuala Lumpur dan Selangor yang mencecah antara 30 hingga 40 peratus.“Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat,” katanya.Sementara itu, Idris berkata, Terengganu mencatatkan kadar kematian bayi baru lahir tertinggi di negara ini iaitu 6.8 kes bagi setiap 1,000 kelahiran.Katanya, kekurangan perkhidmatan pediatrik di hospital dan pusat kesihatan di negeri itu menyebabkan kadar kematian bayi baru lahir di Terengganu tinggi.Beliau berkata, ketika ini ada lima pakar, 20 doktor dan 160 jururawat pediatrik di HSNZ dan jumlah itu tidak mencukupi berbanding 400,000 kanak-kanak daripada sejuta populasi penduduk di Terengganu. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka pperlulah menjaga anak-anak mereka dengan memberikan makanan yang berkhasiat untuk melahirkan anak-anak mereka sebagai insan yang hidup secara sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan dan menjadikan anak-anak mereka kaya dengan ilmu pengetahuan.

Justeru itu, kita perlulah menjaga berat badan kita dengan baik sekali. Sebagai kesimpulannya, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat walafiat untuk hidup secara bahagia tanpa sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment